Sempena cuti hari minggu ni saya telah meluangkan masa untuk menambahkan ilmu pengetahuan dalam dunia pelaburan emas.Berbekalkan 1 keping 20g Public Gold dan 1 Dinar Emas Public Gold, saya telah pergi ke 3 buah kedai emas di kedai di bandar yang berhampiran untuk membuat tinjauan harga. Dari pemantauan dan sesi soal jawab saya dengan pekedai/tukang emas saya dapati :
- Ketulenan emas Public gold untuk jongkong dan dinar disahkan dengan :
i) adanya sijil pengesahan dari Assayer Bebas
ii)Berdasarkan pengalaman tukang emas yang dapat mengesahkan emas secara memegang dan melihat menggunakan kanta pembesar
iii) Menggunakan bahan kimia/device.
-Untuk jongkong emas 999, sekiranya dijual oleh pekedai emas,nilai jualan yang lebih tinggi berbanding produk yang dijual oleh Publc gold (anggaran 3-4%)
-Susut nilai (spread) emas 999 untuk kepingan jongkong adalah tinggi di antara 20 hingga 25% dari harga pasaran.(Sedangkan harga belian semula emas oleh Public Gold adalah di antara 5 hingga 6% sahaja) Mungkin ini disebabkan oleh kerana pekedai emas beranggapan contoh emas yang saya berikan dinilai sebagai emas terpakai(used gold)kerana balutan plastik telah dibuka?Hmmm... harga balutan plastik adalah 20% dari harga emas?Cuba anda fikirkan....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan