Label

Sila hubungi saya di talian 0167114262 sekiranya ada pertanyaan.Terima Kasih
Memaparkan catatan dengan label Ar-rahnu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ar-rahnu. Papar semua catatan

Selasa, 23 November 2010

Konsep perlaksanaan Ar-Rahnu

Ar-Rahnu menggabungkan dua konsep syariah yang utama iaitu Ar-Rahnu dan Al-Wadiah Yad Dhamanah:
  • Ar-Rahnu merujuk kepada mekanisme di mana suatu barang berharga dijadikan sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya, sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.
     
  • Al-Wadiah Yad Dhamanah merujuk kepada simpanan barang berharga dengan jaminan. Setiap simpanan akan dikenakan upah simpan.
     
    sumber : http://www.arrahnu.org/rahnuimplement.htm

Kelebihan Ar-Rahnu berbanding pajak gadai konvensional

SENARIO SEMASA

Antara Senario masa kini yang wujud di dalam penawaran perkhidmatan kewangan (pinjaman mikro kredit) di negara ini:
  • Terdapat banyak perkhidmatan yang tidak selaras dengan undang-undang dan bercanggah dengan akhlak Islam sedang memenuhi jurang penawaran perkhidmatan kewangan kepada masyarakat dalam kelompok berpendapatan rendah.
     
  • Terdapat bilangan yang agak substantial mendapatkan perkhidmatan yang illegal bagi tujuan yang dianggap produktif terutamanya bagi keperluan perniagaan. Keadaan ini wujud di sebabkan oleh masih terdapat jurang yang agak ketara di antara penawaran perkhidmatan kewangan (khususnya secara Islam).
     
  • Pada umumnya skim-skim pinjaman yang illegal  ini mengenakan caj yang terlalu tinggi, berlaku manipulasi dalam urusan emas dan terdapat kes immoral.
     

KELEBIHAN AR-RAHNU

Antara kelebihan Ar-Rahnu berbanding Pajak Gadai Konvensional ialah:
  1. Tidak Mengenakan Kadar Faedah (Unsur Riba)
    Perbezaan utama antara Ar-Rahn dan Pajak Gadai Konvensional adalah pada perjanjian pinjaman yang dikaitkan dengan sesuatu ganjaran dan bukan pada gadaian itu sendiri. Dalam perjanjian Ar-Rahn, pinjaman yang diberi tidak dikenakan faedah (interest) iaitu riba di mana riba diharamkan oleh Islam, berbanding Pajak Gadai Konvensional yang menjadikan faedah sebagai sumber hasil kepada pemberi pinjaman dan ianya diharamkan oleh Islam.
     
  2. Nilai Gadaian Tidak Merosot
    Nilai gadaian bagi barang yang ingin ditebus semula tidak merosot dan tidak berubah serta tidak berlaku penyelewengan. Tidak berlaku sebarang masalah di mana barang kemas seperti rantai emas apabila ditebus didapati kurang berat atau pendek sedikit daripada sebelum digadai.
     
  3. Wang Lebih Gadaian Dipulangkan
    Sekiranya pemberi gadaian tidak berkemampuan membayar balik hutang yang ditanggungnya apabila tamat tempoh perjanjian, pemberi gadaian akan diberitahu atau dimaklumkan tentang barang gadaian yang terpaksa dijual. Sekiranya harga jualan melebihi baki hutangnya, lebihan tersebut akan dikembalikan. Ini berlaku kerana nilai pinjaman adalah jauh lebih rendah dari nilai barang gadaian.
     
  4. Barang Kemas Yang Disimpan Selamat
    Semua barang kemas yang disimpan dalam skim tersebut adalah selamat. Di mana, penerima gadaian akan menjamin pemeliharaan dan bertanggungjawab ke atas barangan kemas yang diberi oleh pemberi gadaian. Dengan ini, pemberi gadaian tidak perlu risau dengan masalah pemeliharaan dan penjagaan barang kemas mereka sepanjang ia berada di pihak penerima gadaian.
     
  5. Caj perkhidmatan Yang Rendah
    Ar-Rahn menawarkan caj perkhidmatan yang rendah. Semua pengurusan di Ar-Rahn melibatkan kos dan risiko yang rendah jika dibandingkan dengan Pajak Gadai Konvensional. Pajak Gadai Konvisional menawarkan caj perkhidmatan yang tinggi dan ada juga sebilangan pemegang atau tauke Pajak Gadai Konvensional yang menerima atau meminta wang pendahuluan dari penggadai walaupun akta melarang kegiatan tersebut.
     
  6. Tiada Unsur Penipuan Semasa Membuat Timbangan.
    Pemberi gadaian juga tidak perlu risau dengan penipuan-penipuan yang sering berlaku semasa timbangan dibuat. Ini kerana, dalam Ar-Rahnu tidak akan berlaku sebarang unsur penipuan semasa timbangan dibuat dan nilai timbangan yang jelas akan ditunjukkan kepada pemberi gadaian.
     
  7. Tempoh Membayar Balik Yang Munasabah
    Ar-Rahnu juga merupakan sebuah Pajak Gadai Islam yang boleh bertolak ansur dengan pelanggannnya berkaitan dengan tempoh membayar balik wang pinjaman yang telah dipinjam. Tempoh membayar balik yang dikenakan adalah munasabah dan boleh diterima pakai oleh semua pihak. Tidak seperti sesetengah Pajak Gadai Konvensional yang kadangkala meminta wang tambahan daripada pemberi gadaian sekiranya pemberi gadaian ingin melanjutkan tempoh pembayaran balik pinjaman mereka.
     
  8. Pemberian Notis Kepada Penggadai Tentang Upacara Lelongan
    Pihak penerima gadaian akan memberi notis kepada pihak penggadai sekiranya barang gadaian mereka hendak dilelongkan dan tempoh masa membayar balik untuk mereka telah habis. Dengan ini pihak pemberi gadaian akan mengetahui bahawa tempoh masa membayar balik yang diperuntukkan untuk mereka telah habis dan barang gadaian mereka akan dilelongkan.
     
  9. Memberi Nilai Gadaian Yang Sepatutnya
    Perkara ini sering berlaku dalam Pajak Gadai Konvensional. Ia berlaku kerana Akta Pemegang Pajak Gadai tidak menetapkan nilai tara atau kriteria untuk menilai gadaian berkenaan. Dalam Ar-Rahnu, penerima gadaian akan memberi nilai gadaian yang sepatutnya dengan barang gadaian yang digadai oleh penggadai. 

    sumber :  http://www.arrahnu.org/rahnuadvantage.htm

Definisi Ar-Rahnu

Definisi dari sudut syarak:
Ar-Rahnu dari sudut syarak merujuk kepada satu barang yang berharga dijadikan sebagai sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.
Definisi dari sudut bahasa:
Ar-Rahnu dari sudut bahasa bermakna mantap dan berkekalan. Misalnya, keadaan yang mantap ataupun ia bermakna tahanan, seperti firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya............."
(Surah al-Muddaththir 74:38)

PENGERTIAN , HUKUM DAN RUKUN AR-RAHNU
  • PENGERTIAN
Ahmad Azhar Basyir - mentakrifkan Ar-Rahnu sebagai "menjadikan suatu benda yang bernilai menurut pandangan syara" sebagai tanggungan hutang dengan adanya benda yang menjadi tanggungan itu seluruh atau sebahagian hutang dapat diterima"
H.M Arsjad Thalib Lubis - mentakrifkan Ar-Rahnu sebagai "menjadi suatu barang yang berupa harta dan ada harganya jadi jaminan hutang dan ia akan dijadikan pembayarannya jika hutang itu tidak dapat dibayar"
Abdul Rahman Al-Jaziri - menerangkan bahawa Ar-Rahnu menurut syara’ bererti " menjadikan barang yang ada harganya menurut pandangan syara’ sebagai jaminan kepercayaan hutang piutang. Dalam erti seluruh hutang atau sebahagiannya dapat diambil, sebab sudah ada barang jaminan tersebut.
Kesimpulannya - Ar-Rahnu boleh ditakrifkan sebagai keadaan di mana penghutang atau penerima pinjaman menyandarkan barangan kepunyaan sebagai jaminan kepada hutang atau pinjaman yang diterima daripada pemiutang atau pemberi pinjaman
  • HUKUM
Firman Allah SWT - "Dan jika kamu sedang dalam perjalanan (lalu kamu berhutang) dan tiada memperolehi penulis, maka boleh diserahkan sahaja jaminan yang dapat dipegang
(Al-Baqarah : ayat 283)
Dalam sebuah Hadis - "Bahawasanya Nabi saw menggadaikan (Rahn) diran (baju besi) kepada seorang Yahudi yang bernama Abusy Syahmi atas pinjamannya sebanyah 30 sha gandum untuk keluarganya."
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam sebuah Hadis - "Dari Aisyah r.a yang bermaksud Nabi s.a.w  pernah membeli makanan dari seorang yahudi dengan harga yang dihutang.  Sebagai tanggungan atas hutangnya itu Nabi s.a.w menyerahkan baju besinya"
(Riwayat Al-Bukhari)
Dalam sebuah Hadis - "Dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang bermaksud ketika Nabi s.a.w. wafat, baju besinya masih dalam keadaan menjadi tanggungan hutang 20 sha’ (+ 50 kg) bahan makanan yang dibelinya untuk nafkah keluarganya"
(Riwayat Tirmidzi)
  • RUKUN
Hukum Ar-Rahnu mengandungi 5 perkara:
  1. Penggadai atau orang yang menggadai; iaitu orang yang berhutang
  2. Penerima gadaian atau pemegang gadai; iaitu pihak yang memberi pinjaman
  3. barang gadaian; iaitu barang yang berharga yang dipunyai dan dalam kawalan penerima pinjaman
  4. Tanggungan gadaian; iaitu jumlah yang berhutang
  5. Sighah atau perjanjian; iaitu perjanjian berkaitan pinjaman/ hutang dan gadaian

Sumber : http://www.arrahnu.org/rahnudef.htm

Rabu, 17 November 2010

Pengalaman Memajak Gold Bar PG Di AgroBank Ar-rahnu BP

Pada 25/10/2010 yang lepas, tercapai lah cita-cita saya untuk merasai sendiri pengalaman memajak jongkong emas PG di Ar-rahnu AgroBank di Batu Pahat. Di sini saya tunjukkan contoh surat pajak yang dikeluarkan oleh pihak bank.Untuk 1 surat pajak, saya telah gadaikan 2 keping emas PG 20g 999 yang telah saya beli pada harga RM3069/keping sewaktu saya mendaftar sebagai ejen PG di bawah Uncangemas group. Nilai marhun sewaktu saya memajak adalah sebanyak RM3182/keping.

Wah, ni dah kira bagus. Saya beli pada harga RM3069/keping, dan dapat gadai pada harga RM3182. (Maknanya harga emas Public Gold semasa saya beli adalah lebih rendah dari harga pasaran).Disebabkan saya telah pun memajak sebelum ni, maka saya dapat membuat pinjaman sebanyak maksimum 70% dari harga pasaran. Upah simpan pula adalah sebanyak RM229.10(untuk tempoh 6 bulan).Nilai marhum telah ditentukan oleh pihak Agro Bank(mengikut harga pasaran semasa). Secara ringkasnya :

Untuk contoh yang saya berikan, saya telah membuat pinjaman sebanyak 70% dari nilai marhum (RM6364.00) iaitu sebanyak RM4400.00 (bergantung kepada pegawai ar-rahnu yang menguruskan)

*Kebiasaannya, untuk 20g keping emas PG yang dipajakkan di Agro Bank akan diberikan pinjaman sebanyak RM1110 untuk setiap 10g.

Sekiranya saya ingin melanjutkan tempoh pajakan saya, apa yang saya diperlu buat adalah dengan menjelaskan bayaran upah simpan selama 6 bulan sebelum tamat tarikh pajakan.Selepas itu, pajakan akan disambung. Berikut adalah syarat dan terma untuk berurusan dengan Agro Bank ar-rahnu :

Syarat & Terma :
  • rakyat Malaysia secara individu atau berkumpulan.
  • berumur 18 tahun ke atas.
Had pinjaman :
  • Maksimum RM50,000 (RM10,000 sehari)
  • Minimum RM100 
Kadar Upah Simpan :



Penebusan :
  • Penebusan boleh dilakukan secara berperingkat atau sekaligus dalam tempoh gadaian.
  • Bergantung kepada pindaan polisi oleh pihak bank.
Untuk maklumat lanjut, boleh melayari laman Agro Bank ar-rahnu :

http://www.agrobank.com.my/ar-rahnu

Contoh surat gadaian Agro Bank ar-rahnu
Di sini saya nyatakan kelebihan memajak emas di Agro Bank untuk dealer Public Gold seperti saya :



 1. Dapat membuktikan kepada orang ramai bahawa produk emas keluaran Publc Gold adalah tulen dan tiada unsur penipuan oleh pihak syarikat.(Bayangkan kalau ada seketul emas 20g Public Gold yang palsu dipajakkan di Ar-rahnu,sudah pasti kredibiliti syarikat akan tercalar)



2.Jadi serampang 2 mata.Sebagai contoh, pada simpanan saya ada jongkong emas 50g dan pada masa yang sama saya memerlukan stok emas 1 dinar yang banyak untuk memenuhi permintaan pelanggan.Jadi,dengan wang pinjaman hasil pajakan jongkong emas 50g saya di ar-rahnu tersebut dapatlah saya membeli stok 1 dinar untuk djual kepada pelanggan.Pada masa yang sama saya masih lagi memiliki jongkong emas 50g tersebut yang selamat di simpan di Agro Bank ar-rahnu.Bagus tak...?


3.Sebagai tempat untuk menyimpan stok emas yang ada (dengan upah simpan yang munasabah) dan pada masa yang sama dapat pinjaman wang tunai untuk dibuat modal pusingan membeli emas yang baru untuk urusan jual beli dengan pelanggan.

**Sebelum anda mahu memajak jongkong emas di Agro Bank ar-rahnu,pastikan anda membuat pengiraan untung rugi supaya anda mempunyai wang tunai untuk menebus kembali emas yang anda pajak apabila tiba masanya.


**Wag tunai yang anda dapat hasil pinjaman tersebut haruslah di gunakan untuk sesuatu yang menguntungkan/mendatangkan hasil seperti membeli semula emas dan bukannya barang susut nilai.(sport rim kereta??)


**Untuk pelabur biasa yang hanya mahu menyimpan emas,ada baiknya anda simpan sendiri emas tersebut atau menyewa 'safe deposit box'


Sekiranya anda ada kemusykilan boleh lah hubungi saya untuk maklumat lanjut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...