Label

Sila hubungi saya di talian 0167114262 sekiranya ada pertanyaan.Terima Kasih

Khamis, 28 Oktober 2010

Adakah Harga Emas akan Turun?

Salam sejahtera buat semua ahli komuniti emas.Saya ada nak berkongsi sedikit ilmu yang saya ada berkenaan penggunaan rujukan harga emas berdasarkan prediction Technical Analisys (TA). Kemahiran yang sedikit ini saya perolehi sewaktu menceburkan diri dalam Forex. Ada dikalangan rakan-rakan yang bertanya adakah harga emas akan turun? Saya tidak boleh menjawab soalan tersebut memandangkan saya pun masih baru dalam dunia emas ini. Apa yang saya boleh lakukan hanya dengan menunjukkan carta harga emas yang terdapat didalam platform Meta4. Terpulang pada individu untuk mengikuti atau membuat keputusan sama ada mahu melabur didalam komoditi emas atau tidak.

Sila klik untuk besarkan imej

Jika dilihat pada indicator 'Aligator' (garisan hijau,merah dan biru) pada carta pergerakan tahunan di atas, dapat dilihat ketiga-tiga garisan tersebut masih berada pada jarak yang jauh di antara satu sama lain. Pergerakan menaik ini bermula pada penghujung tahun 2001 sehinggalah sekarang. Jadi,kemungkinan untuk harga emas jatuh adalah apabila tiga garisan tersebut bersilang di antara satu sama lain.Pada masa itu, barulah saya akan berkira-kira untuk menjual sebahagian simpanan emas yang saya ada.(Harapnya tidak la...)

Prediction untuk membeli atau menjual simpanan emas juga boleh dilakukan dengan menggunakan indicator 'Aligator' ini. Tetapi risiko perlu ditanggung sendiri oleh individu memandangkan ini hanya petunjuk dari analisis teknikal sahaja. Pergerakan turun naik harga yang pantas boleh dilihat pada periodicity H4 atau D1.

Ada yang berkata kepada saya harga emas akan turun menjunam pada masa akan datang.Tetapi,berdasarkan kepada data apa maklumat itu dikeluarkan?Ya, betul harga emas memang ada masanya turun dan naik. Biasanya harga emas dipengaruhi oleh isu-isu global seperti peperangan, perubahan pucuk  pimpinan sesebuah negara atau pemilikan komoditi emas dalam volume yang besar oleh sesebuah negara. Perubahan naik turun harga emas ini sebenarnya membawa keuntungan kepada komuniti peminat emas seperti kita untuk mendapatkan keuntungan hasil dari aktiviti jual beli emas. 

Bagaimana untuk mendapatkan platform Meta4 ini?Cara-cara untuk memasang Technical Analysis carta emas ini boleh diapati dari e-book yang ada dipasaran. Sebagai contoh, anda boleh mendapatkannya dari En. Faeez Mazlan, Master Dealer UncangEmas group.(Memandangkan saya juga adalah ahli UncangEmas group.hehehe...) Sekiranya ada kemusykilan, boleh la hubungi saya.Saya akan membantu setakat mana yang saya daya. Berkongsi ilmu itu tidak rugi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...