Salam kepada semua pembaca. Hari ini alhamdulillah telah berjaya saya laksanakan Ibadah Aqiqah untuk anak saya yang kedua.Walau pun agak sibuk sedikit hari ini dengan pelbagai peristiwa baik dan musibah yang menimpa, majlis tetap dapat berjalan dengan sempurna.
Apa yang ingin saya kongsikan bersama pembaca disini adalah pada zaman Rasullullah (SAW) dahulu, seekor kambing dapat dibeli atau disama nilaikan dengan 1 keping Dinar emas. Dan jika kita teliti harga 1 keping Dinar Emas Public Gold pada masa catatan ini ditulis adalah sebanyak RM620.Manakala harga kambing yang saya beli (temasuk upah sembelih, lapah dan potong) adalah sebanyak RM650. Maka, dapatlah dilihat di sini bahawa harga emas adalah mengikut peredaran zaman dan dinilai sebagai komoditi yang berharga dari zaman dahulu hingga sekarang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan