Salam berhujung minggu kepada semua.Di sini saya nak berkongsi berkenaan harga emas terutamanya harga emas produk Public Gold. Berdasarkan kepada Teknikal Analisis (TA) yang saya rujuk di platform Meta4 pada 27/10/2010,terdapat potensi untuk harga emas turun.Jadi,dengan sabar saya menghadap monitor PC untuk memantau harga emas yang dijangka akan turun.Jangkaan saya tepat berdasarkan kepada TA di platform Meta4 ini . Harga emas untuk gold bar 20g Public Gold telah turun pada jam 11.45 malam pada harga RM2991.00 (rujuk bahagian we sell).Yahoo... Jadi, tanpa melengahkan masa, saya pun mengambil peluang untuk menambah koleksi simpanan emas saya pada malam tu.SMS untuk lock harga pun telah saya hantar kepada wakil syarikat Public Gold.Niat dihati nak tunggu harga emas turun lagi, tapi mata dah semakin kelat. Jadi saya akur dengan kehendak mata saya.Alhamdulillah... tidak rugi rasanya saya menghadap PC untuk memantau harga emas di laman web Public Gold sementelah lagi memang saya bercadang untuk membeli stok emas yang baru.
Dan hari ini (30/10/2010) jika ditinjau harga emas yang terdapat di laman web Public Gold untuk gold bar 20g adalah RM 3070.00. Itulah yang menariknya dengan emas.Dalam sekelip mata, harga emas boleh naik. (Untuk kes yang saya bincang ni, perubahan harga adalah dalam masa 3 hari sahaja). Jika turun, boleh ambil peluang untuk menambah koleksi/simpanan emas, hebatkan?
So, tunggu apa lagi? Buat langkah bijak untuk mempelbagaikan pelaburan anda.Beli dan simpan emas anda sebagai jaminan kewangan anda.Boleh hubungi Admin sekiranya anda berminat untuk membeli produk emas Public Gold.Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan