Salam sejahtera. Ramai rakan-rakan yang mengajukan pertanyaan : "Ko beli emas ni, dah bayar zakat ke belum?".
Hmm.... kenapa ya bila kita bercakap soal Emas, orang akan menyebut pasal zakat Emas dan Perak?Sedarkah kita, sebagai umat Islam kita wajib bayar zakat? Tidak hanya zakat fitrah dan zakat Emas dan Perak sahaja. Berikut adalah zakat-zakat yang wajib bagi umat Islam sekiranya sudah cukup syarat :
a) Zakat Pendapatan
b) Zakat Simpanan
c) Zakat Perniagaan
d) Zakat Emas dan Perak
e) Zakat Pertanian
f) Zakat Ternakan
g) Zakat Galian/Rikaz
h) Zakat KWSP
i) Zakat Fitrah
Yang lebih parah lagi apabila ada yang berkata : "Aku tak nak beli & simpan Emas fizikal ni sebab aku tak nak bayar zakat". Sedarkah orang yang berkata sedemikian, dengan membeli dan menyimpan Emas, kita bukan sahaja boleh mendapat untung dari kenaikan harga Emas di pasaran, malah kita juga secara tidak langsung dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan dengan membayar zakat Emas dan Perak.
Nisab wang simpanan dan Emas adalah sama dimana ianya bersandarkan persamaan kepada nilai semasa 85 gram emas. Nah... di sini dapat dilihat secara jelas jika anda menyimpan wang fiat anda di dalam ASB contohnya, sekiranya simpanan wang fiat (wang yang disimpan dalam bentuk simpanan biasa, tetap, semasa, saham, amanah serta lain-lain simpanan) anda minimum sebanyak RM10,000 di dalam ASB tanpa pernah anda keluarkan, dividen tahunan yang anda dapat secara purata adalah 8%. Ditolak dengan zakat wang simpanan sebanyak 2.5%, maka untung bersih anda cuma 5.5%. Banyak ke?
Jika anda menukarkan wang sebanyak RM10,000 tu ke dalam bentuk Emas fizikal. Kenaikan harga secara purata tahunan adalah sebanyak 25%. Untung bersih anda masih lagi sebanyak 22.5%.Banyak tak?hehehe...
Sekarang anda sudah tahu apa perbezaan dan kebaikan antara menyimpan wang fiat dan menyimpan emas fizikal. Jadi, apa tunggu lagi? Bertindaklah sekarang. Hubungi saya untuk memiliki emas fizikal sebagai jaminan kewangan anda disamping beramal ibadat. Alhamdulillah....
Sumber : http://www.maij.gov.my/utama.htm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan