Label

Sila hubungi saya di talian 0167114262 sekiranya ada pertanyaan.Terima Kasih

Sabtu, 20 November 2010

Syarat wajib zakat

Salam sejahtera. Berikut adalah syarat-syarat wajib untuk seseorang Islam itu mengeluarkan zakat. Semoga menjadi ingatan dan memberi manafaat kepada semua.Insyaallah...

Pertama - Islam
Zakat wajib ke atas orang Islam sahaja.
Orang bukan Islam tidak diwajibkan zakat.

Kedua - Merdeka
Zakat diwajibkan ke atas orang Islam yang merdeka.
Hamba tidak wajib mengeluarkan zakat.

Ketiga - Sempurna Milik
Harta yang dimiliki dan dikuasai sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka dan bebas untuk menggunakannya.

Keempat - Hasil Usaha Yang Baik Sebagai Sumber Zakat
Para Fuqaha' merangkumi semua pendapatan dan penggajian sebagai "Mal Mustafad" iaitu perolehan baru yang termasuk dalam taksiran sumber harta yang dikenakan zakat.

Kelima - Cukup Nisab
Nisab ialah kadar minima yang ditetapkan oleh syarak bagi sesuatu harta untuk dikeluarkan zakat. Kekurangan daripada kadar tersebut menggugurkan kewajipan berzakat. Nisab menggunakan nilai emas pada harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan dengan 85 gram emas atau 196 gram perak.

Keenam - Sempurna Haul
Harta yang telah cukup nisab hendaklah berada dalam pemilikan dan simpanan selama setahun iaitu pusingan 12 bulan tahun Hijrah (354 hari)

Didalam Al-Quran juga ada dinyatakan tentang kewajipan untuk berzakat. Ia juga merupakan salah satu daripada Rukun Yang Lima :




Sumber : http://web.e-zakat.com.my/baru/k-zakat/rukun.asp
                 http://www.maij.gov.my/utama.htm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...