Salam sejahtera kepada semua. Tentu anda semua tertanya-tanya kenapa tajuk artikel saya pada kali ini agak berbeza sedikit dari yang lain.(Saja nak buat suspen.hehe..)
Baiklah,jika anda semua pernah menonton filem arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee bertajuk Labu Labi (kalau tak silap la..) anda pasti pernah melihat Haji Bakhil menyimpan wang fiatnya di mana? Ya, betul...di dalam peti besi. Jadi, di sini saya nak bagi idea kepada anda semua yang merasakan tidak selamat untuk menyimpan stok emas fizikal yang anda ada di rumah supaya mengikut ilmu yang Haji Bakhil ada dengan menyediakan peti besi di rumah.
Ini adalah salah satu pilihan untuk anda menyimpan stok emas sekiranya anda merasakan sukar untuk menyimpan emas yang anda ada di Ar-rahnu atau Safe Deposit Box yang pihak bank tawarkan. Dengan pilihan model yang pelbagai dari harga serendah RM200 hinggalah yang mencecah ribuan ringgit. Semua terpulang kepada anda untuk memilihnya berdasarkan kepada keperluan masing-masing. Bagi peti besi keluaran syarikat yang berjenama, terdapat jaminan 1 tahun yang diberikan.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhYJle0JO-JYCPBLDkKLUcGTrUY0z0HpsI9sU_e1HIksSCwwNJ2QUZtll5dDfl-9YFmFOC8HahWuACcuXI8jcWvqfTDCYn2MlkQ2pz0S2UFmQhtFjnP0kB7p_VRO0a36gBr1Ri7fVYn7EE/s200/Ekonomik-1.jpg) |
Harga ekonomik |
|
Harga ekonomik |
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgssSFaJq0bhxZQUXjAt_Y22CfiCXtJD2OjQHCnFdZlZGlHooVkG5PiPnxzPZ3BwQ3sTRuM6wozCO4ZLPR8zLuXSeSvyZwXqUVUbZMaJXae5dvbeMQMs_bw2T3rPpdgzH4ia5XOMVpyHNA/s200/Dengan+1+year+waranty.jpg) |
Berkualiti |
|
Dah macam Peti Besi Haji Bakhil |
Semoga anda dapat memanafaatkan idea yang telah diberi.Kalau dah ada tempat yang selamat untuk simpan stok emas tu,bolehlah hubungi saya untuk tambahkan lagi simpanan emas fizikal Public Gold anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan