Salam sejahtera.Untuk 'entry' artikel kali ini saya nak jelaskan tentang bagaimana caranya untuk mengambil untung ke atas kenaikan harga emas. Mungkin ada di antara pembaca yang sudah tahu bila waktunya anda boleh mula mencongak keuntungan dan menjual emas fizikal yang ada dalam simpanan. Tidak dinafikan juga ada di antara rakan-rakan yang masih bertanya macam mana nak ambil untung kalau dah beli emas Public gold ni.
Baiklah, jika dilihat 'screen shoot' harga emas yang telah diambil dari website Public Gold pada tarikh 15/5/2010 dan 7/12/2010.Tempoh perbezaan harga ini adalah selama lebih kurang 6 bulan.
Untuk mengira keuntungan, anda perlu tau harga yang anda perlu bayar untuk membeli emas ini adalah pada ruangan We Sell (bermaksud syarikat atau dealer menjual kepada anda). Manakala untuk anda menjual semula emas tersebut kepada kami,anda perlu melihat pada harga We Buy (bermaksud syarikat atau dealer membeli semula@buy back daripada anda) Rujuk rajah dibawah :
Untuk memudahkan pemahaman anda, kita lihat situasi ini:
Sally (bukan nama sebenar) telah membeli emas 999 20g sebanyak 23 keping bernilai RM2791.00 setiap keping pada 15/5/2010.Kos pengangkutan adalah sebanyak RM230.00.
Apabila tiba awal bulan Disember 2010,dia berhajat untuk melancong ke luar negara dengan anggaran perbelanjaan adalah sebanyak RM6000.00.Jadi pada 7/12/2010,dia telah membuka website Public Gold untuk mengetahui kenaikan harga emas.Dia begitu gembira apabila mendapati harga emas 20g miliknya telah naik kepada RM3057 sekeping. Setelah dibuat pengiraan :
1 keping emas 20g :
Kenaikan harga : RM3057 - RM2791 = RM266
23 keping emas 20g:
Kenaikan harga : RM266 X 23 keping = RM6118 (keuntungan selama 6 bulan.wah, banyak tu....)
Memandangkan Sally masih lagi mahu menyimpan emas fizikalnya.Maka, apa yang perlu dia buat adalah dengan menjual hanya 2 keping emas 20g miliknya dengan nilai RM3057 x 2 keping = RM6114.00.
Jadi, Sally sudah boleh pergi melancong dan pada masa yang sama simpanan emasnya masih lagi ada dengan nilai semasa yang sama sewaktu dia mula-mula membeli emas.
Di sini saya boleh katakan bahawa dengan menyimpan emas,kita masih lagi boleh mengambil keuntungan tahunan sama seperti yg ditawarkan oleh skim amanah simpanan pelaburan yang menawarkan dividen tahunan.Malah, keuntungan tersebut adalah lebih tinggi dari dividen tahunan skim tersebut.
Macam mana,anda masih lagi mahu menyimpan dalam bentuk wang kertas?Bertindaklah sekarang,tukarkan wang kertas fiat anda kepada emas fizikal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan